Kemaskini Terakhir: Selasa,13 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2211ee0d 8059 4133 94cc 60e3ad1cb9b20342781a b09c 430f 8292 394dd62a97808f9fbc89 d673 4b3d 8ff9 9cafa5f8efdd2eb4172b 826c 4d50 ac66 642bf20d4279aae47a9c 581e 4441 8e73 1bd411267947050c54da d83f 4921 b8cc 49d802d863dbbbf20516 98f6 41e7 9bac 5a4b4ea260925757f20d 9d4f 410e b15d c53e6fea23b8355f81df e66b 4c4f b60c abc245fbd037110178be a045 4c2d b7d4 b85e5ce516ead5e1b6d5 e656 4d8a bb71 50fd45dc3a39d4940cf1 687e 4b26 8619 706827d57b49e621d4c0 badb 4b46 8c33 6677332811e7a18acb2a fbc7 4c31 858c 23817df93814e6840b56 50cb 4eab 8215 7225d67c6ba2f109bdc2 0310 4161 92d2 e4a6cae44d41

TAWAU, 7 Jun 18 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terus komited menggalas tugas dan tanggungjawab mengawasi ruang udara Negara pada setiap masa tanpa mengira waktu dan keadaan.

Justeru, seramai 44 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat TUDM yang bertugas di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU), Tawau akan terus bertugas meskipun pada Aidilfitri kali ini di dalam melaksanakan pemantauan ruang udara serta menyokong keperluan operasi sekiranya terdapat laporan ancaman daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2).

Bagi memastikan tahap kesiagaan di kawasan operasi sentiasa berada di tahap yang terbaik, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM selaku Panglima Operasi Udara telah melakukan tinjauan di PBOU. Dalam tinjauan tersebut, beliau telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama pegawai dan anggota TUDM yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di kawasan operasi tersebut.

Panglima Operasi Udara turut menyampaikan bungkusan beg sumbangan dari Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengandungi beberapa barang keperluan makanan dan kelengkapan diri. Semua pegawai dan anggota berkenaan juga turut menerima duit raya hasil sumbangan menerusi Tabung Kebajikan TUDM.
Sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan TUDM ke atas pengorbanan warganya yang terpaksa berkorban untuk tidak pulang menyambut Hari Raya bersama keluarga di kampung halaman.

Pegawai serta anggota PBOU yang diraikan adalah terdiri dari staf operasi, bantuan operasi, Pasukan Khas TUDM (PASKAU) dan anak kapal helikopter Nuri. Penyampaian bungkusan Hari Raya kepada pegawai dan anggota PBOU ini juga merupakan acara yang dilaksanakan pada setiap tahun.

Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) berperanan untuk melaksanakan misi Search & Rescue (SAR) di kawasan operasi serta memberi respon kepada keperluan operasi dari ESSCOM dan ATB 2. Ia merupakan sebuah pangkalan hadapan untuk menyokong operasi udara di persekitaran kawasan Negeri Sabah.
Bagi mendokong peranan ini, TUDM telah menempatkan aset udara dari No 7 Skuadron iaitu pesawat helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri bagi melaksanakan tugas operasi udara mengikut keperluan semasa.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Mejar Jeneral Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM – Panglima Wilayah Udara 2.