Kemaskini Terakhir: Isnin,25 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 1153IMG 1137IMG 1138IMG 1148IMG 1161IMG 1168IMG 1172IMG 1176IMG 1180IMG 1181IMG 1195IMG 1197IMG 1199IMG 1203IMG 1205IMG 1209

BRICKFIELDS, 10 JUN 18 - Persatuan Buddha TUDM bersama dengan Malaysian Armed Forces Chinese Veterans Association - RMAF (MACVA - RMAF) telah mengadakan Lawatan dan Upacara Sembahyang Khas di Buddhist Maha Vihara yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-60.

Lawatan dan Upacara Sembahyang Khas ini diketuai oleh Kol Tan Chee Seng TUDM, Pengerusi kepada Persatuan Buddha TUDM dan En Joe Pie Chong Seng dari MACVA-RMAF yang merupakan Timbalan Pengerusi kepada MACVA - RMAF. Seramai 15 anggota dari TUDM dan 20 anggota dari MACVA - RMAF telah menyertai Lawatan dan Upacara Sembahyang Khas tersebut yang kebanyakkan anggota tersebut adalah dari sekitar Lembah Klang.

Pada hari tersebut, Wakil dari Buddhist Maha Vihara iaitu En Wong Mun Yee telah menganjurkan Temple Tour untuk anggota-anggota Persatuan Buddha TUDM dan MACVA - RMAF dengan melawat setiap kawasan di dalam Budhist Maha Vihara iaitu BMV Sanchi Gate, Lotus Fountain Pond, Shrine Hall, Pagoda dan Bohdi Tree sambil menyampaikan sedikit taklimat mengenai sejarah Buddhist Maha Vihara dan setiap kawasan yang dilawati tersebut.

Selepas Temple Tour, anggota-anggota Persatuan Buddha TUDM dan MACVA - RMAF telah dibawa ke Shrine Hall untuk mengadakan Upacara Sembahyang Khas sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-60 yang disampaikan oleh salah seorang Sami Buddha yang tinggal di situ. Pelaksanaan Upacara ini bertujuan untuk mendoakan keamanan, kesejahteraan dan kejayaan kepada anggota-anggota Persatuan Buddha TUDM dan MACVA - RMAF sekeluarga dan juga kepada TUDM dan MACVA-RMAF dari semua aspek cabaran kehidupan serta mewujudkan suasana kebersamaan dan harmoni di kalangan anggota-anggota Persatuan Buddha TUDM dan MACVA - RMAF.

Kemudian, anggota-anggota Persatuan Buddha TUDM dan MACVA - RMAF telah mengadakan sesi bergambar dengan Sami Buddha dan pihak pengurusan Buddhist Maha Vihara di Lotus Fountain Pond yang berlatar belakang BMV Sanchi Gate. Anggota-anggota Persatuan Buddha TUDM dan MACVA - RMAF juga diberikan Vegetarian Food untuk menjamu selera bersama-sama pihak pengurusan Buddhist Maha Vihara.

Sebagai tanda penghargaan kepada Buddhist Maha Vihara yang menolong menjayakan Lawatan dan Upacara Sembahyang Khas ini sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-60, pemberian sumbangan dan beras telah diberikan oleh Kol Tan Chee Seng TUDM dan En Joe Pie Chong Seng kepada Sami Buddha bernama Bhante Ghanabasa yang mewakili pihak pengurusan Buddhist Maha Vihara.

Persatuan Buddhist TUDM dan MACVA - RMAF ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota penganut Buddha yang telah meluangkan masa serta kepada pihak TUDM dan MACVA-RMAF dalam menolong menjayakan Lawatan dan Upacara Sembahyang Khas ini.