Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 317dc14e dcb8 40ca aef1 14ac0cc0336ca8afdd8 608b 4401 90ae 9339d0145eb0c6f12225 d617 462e a25e 0c17db501fdd3bf76690 a953 4e1a 920c b4be64643816d5bdccb1 3f87 4724 aa27 af6804c1f1ac98e9a9da 0a30 4648 b669 2aef081c2264WAN 2661WAN 2664WAN 2677WAN 2681WAN 2685WAN 2699WAN 2702WAN 2709WAN 2733WAN 2736WAN 2742WAN 2752WAN 2768WAN 2775

 

MINDEF, 20 Jun 18 - Angkatan Tentera Malaysia menyaksikan perubahan secara rasmi tampuk pemerintahan Panglima Angkatan Tentera yang baharu dalam Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Panglima Angkatan Tentera ke-19, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menamatkan perkhidmatan dan menyerahkan tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera kepada YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin yang telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-20 berkuatkuasa pada 20 Jun 2018. Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu hadir bagi menyaksikan acara tradisi Angkatan Tentera Malaysia dan menerima kunjungan hormat buat kali terakhir oleh Mantan Panglima Angkatan Tentera sejurus selesai acara yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan.

Acara kemuncak menyaksikan tabik hormat oleh YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor kepada kontinjen Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Pada hari terakhir beliau ini diakhiri acara tradisi send off dengan street lining yang melibatkan warga Angkatan Tentera Malaysia serta memberikan penghormatan sebagai tanda penghargaan kepada mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan isteri Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin.


Turut hadir pada acara ini ialah YBhg Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan isteri serta pegawai-pegawai kanan dan anggota Angkatan Tentera Malaysia.