Kemaskini Terakhir: Ahad,17 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180625 WA0054 IMG 20180625 WA0051IMG 20180625 WA0042IMG 20180625 WA0052IMG 20180625 WA0017IMG 20180625 WA0018IMG 20180625 WA0025IMG 20180625 WA0038IMG 20180625 WA0039IMG 20180625 WA0045IMG 20180625 WA0035IMG 20180625 WA0049IMG 20180625 WA0055IMG 20180625 WA0063IMG 20180625 WA0065IMG 20180625 WA0066

BUTTERWORTH, 25 Jun 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, telah menghadiri mesyuarat pertama High Level Committee on Defence Coorperation (HLC) yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu dan Menteri Pertahanan Australia, Senator Marise Payne bertempat di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Butterworth.

 

Mesyuarat yang berlangsung ini adalah bertujuan mengemaskini kerjasama dibawah program pertahanan Malaysia-Australia yang merupakan suatu kerjasama yang penting dalam memperkuatkan pertahanan dua hala bagi mengekang ancaman-ancaman serantau.

Dalam pada itu, satu sesi menanam pokok turut diadakan sebagai simbolik pengukuhan kerjasama diantara dua Negara. Pokok Bucida Molinet atau lebih dikenali sebagai Pokok Doa oleh penduduk tempatan ini dipilih kerana kayu pokok tersebut kebiasaannya digunakan bagi membina jambatan. Hal ini bertepatan sebagai simbolik yang melambangkan hubungan kerjasama yang terbina di antara dua Negara.

Majlis diteruskan lagi dengan lawatan Menteri Pertahanan Malaysia dan Menteri Pertahanan Australia ke No 18 Skuadron. Di dalam lawatan tersebut kedua-dua Menteri Pertahanan diberi peluang untuk berada di cockpit pesawat F/A 18 D Hornet disamping mendengar penerangan ringkas daripada juruterbang pesawat tersebut.

Di akhir program ini, satu Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Royal Australian Air Force telah diadakan di Recreation Area. Majlis ini bertujuan sebagai tanda penghargaan terima kasih pihak Australia kepada Malaysia dalam hubungan kerjasama ini.

Turut hadir di majlis ini adalah Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin; Ketua Setiausaha Kementerian pertahanan Malaysia, Dato' Halimi bin Abd Manaf  dan Pegawai-pegawai Kanan ATM.