Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

35922940 1782219058532399 9013648616287371264 n36270180 1782219355199036 5082537046795354112 n36287646 1782220361865602 7279878814061035520 n36236647 1782219578532347 1716451192713773056 n36259888 1782219518532353 4978159239739473920 n36273297 1782219705199001 4800536443397079040 n36283151 1782219251865713 2351455317084078080 n36376886 1782220075198964 7425961582489763840 n36299126 1782219981865640 714554619568586752 n36242383 1782219298532375 6443798219406180352 n36302190 1782219185199053 2911826812659040256 n36321476 1782219461865692 6881050014970281984 n36223181 1782219398532365 5143814805496266752 n36280461 1782220301865608 4669002309747867648 n36370024 1782220681865570 6189160740981571584 n36243198 1782220838532221 6644971352224694272 n

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2018 – Bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia berlangsung Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tentera Udara Diraja Malaysia. Acara yang diadakan pada setiap tahun ini dihadiri oleh pelbagai lapisan warga Tentera Udara Diraja Malaysia.

Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran seramai 32 orang anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Amal Asyura, Sg Buloh, Selangor. Anak-anak yatim dan asnaf ini terdiri daripada 13 Lelaki serta 19 Perempuan yang berumur diantara 4 hingga 9 tahun.

Sambutan Hari Raya Tentera Udara Diraja Malaysia pada tahun ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Turut hadir pada majlis ini adalah Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Mantan-mantan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia.

Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkesempatan beramah mesra bersama warga TUDM serta jemputan yang hadir. Panglima Tentera Udara dan isteri turut menyempurnakan pemberian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 32 anak-anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Amal Asyura.