Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

862525ed 2fce 4556 9e99 fa0939bdb29579d89346 f1c2 4cd8 a83f 941de2941c31fa3585d2 9036 43cf 90d4 a83dc8b568bdDhLWkLPVQAENCuPadc6212e 027f 47ed 81cb 0b6da217a342f56a75e1 2f39 4fd3 b4ce 84a767796ca6c6cbd196 fcd7 4403 86c0 29c33dbdb9d01b1648b0 ebf2 450f 9f60 40fb0e1da0d3

KUALA LUMPUR, 3 Jul 18 - Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1439H/2018H telah berlangsung bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur yang bermula jam 11.00 pagi sehingga 5.00 petang. Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin serta Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM selaku penganjur turut hadir bagi menyambut tetamu-tetamu ke majlis tersebut.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ATM. Turut hadir Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu.

Majlis dimeriahkan lagi dengan alunan muzik dari Kombo Seni Udara dan persembahan oleh Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU) serta perkhidmatan. Majlis Sambutan Aidilfitri ATM pada tahun ini turut dihadiri lebih kurang 3000 jemputan yang terdiri daripada dif-dif kenamaan daripada Kementerian Pertahanan, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera, Mantan-Mantan Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan ATM, Pegawai serta anggota daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM yang bertugas disekitar Lembah Kelang.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XV, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan raya kepada 53 orang anggota cedera ATM yang diraikan dalam majlis ini. Mereka adalah terdiri di kalangan Pegawai dan Anggota ATM yang tercedera semasa penugasan operasi dan latihan, terkena jerangkap samar dan sebahagiannya terlibat dalam kemalangan semasa di dalam perkhidmatan.