Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

4df83663 0034 41f3 9c95 9c37539e86f2dcad7875 e057 4685 bf91 adfba72069dc96f68150 4d87 4539 9f7d 0e1e298125bde1245597 0975 4a85 b8e9 75eb1ac193de689abadb e512 4ec2 b24e 836008b93326ae9815ad 5805 4b24 8913 db6d023a2b4efb043f45 6049 42f6 bb59 5861a14f8046929f3b25 623b 454d b7df 0c29d8ed0d9db44253a0 2d11 4b2a bfd1 e7a31832b88cee00fb28 0161 4e39 a5eb ba4a39438ee7ec2db8b4 d499 4e9f 84ff a1ab0dfa0371

KUALA LUMPUR, 6 Jul 18 – Perbarisan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera Ke-20, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah diadakan di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi hari ini. Perbarisan ini merupakan perbarisan pertama beliau bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semenjak mengambil alih tampuk pimpinan pada 20 Jun 18 yang lalu.

Perbarisan ini melibatkan 8 kontinjen daripada ketiga-tiga perkhidmatan dimana 2 kontinjen adalah dari TUDM yang diketuai oleh Mej Nik Mohd Zaki bin Nik Mohd Amin TUDM dan Mej Normayudi bin Abu Bakar TUDM.

Perintah Ulung yang disampaikan ini menggariskan aspek-aspek utama halatuju ATM di bawah kepimpinan beliau yang perlu dihayati oleh seluruh kepimpinan ATM serta warganya agar mencapai aspirasi ATM dalam menuju ke arah sebuah ketumbukan angkatan yang dihormati di rantau ini selari dengan Visi dan Misi ATM.

Di atas kebersamaan semua peringkat dan lapisan warga ATM dari ketiga-tiga perkhidmatan, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin berharap akan terus memimpin ATM ke arah kecemerlangan.

Turut hadir pada perbarisan ini adalah Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim; Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin; Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Hj Buang TUDM serta seramai hampir 2000 warga ATM.