KUALA LUMPUR, 12 Jul 18 - Pasukan Futsal TUDM (Lelaki) beraksi cemerlang setelah berjaya menewaskan pasukan lawan daripada TLDM dalam perlawanan akhir Kejohanan Futsal Antara Perkhidmatan ATM hari ini.
Kpl U Mohd Amar Arsyad dari TUDM telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik dalam kejohanan ini manakala Penjaga Gol Terbaik jatuh kepada Kpl U Saiful Azuan yang juga dari pasukan TUDM.
Kejohanan yang diadakan di Central Mart Futsal, Setapak turut mendapat sokongan padu daripada warga TUDM yang hadir.
Hadir sama menyaksikan perlawanan akhir ini Pengerusi Persatuan Bola Sepak Tentera Darat, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi; Timbalan Pengerusi Lembaga Sukan TUDM, Kol Zainal bin Abd Manaf TUDM dan Pengerusi Persatuan Bola Sepak TLDM, Komander Ahmad Rashidi bin Othman TLDM.
TAHNIAH kepada pasukan Futsal TUDM.