Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

5d43eb0b ff6f 433a 9193 6fb61a5c681541e0fcb0 037e 42d0 8d11 fdc49e379efd48a7ed49 20e3 47c5 a0fb 9163a137388851a89119 378f 4594 896d 55a6188da66e691fa437 535e 420d 9bb5 81a7d8a465ae4883a0df 3057 47e3 9c5a 7cb9ed9560be

SUBANG, 13 Jul 18 – Penantian selama 10 tahun berakhir apabila Pasukan Pingpong TUDM dinobatkan sebagai Johan di Kejohanan Ping Pong Antara Perkhidmatan ATM 2018 yang telah berlangsung di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang pada 9 hingga 13 Julai 2018.

Perlawanan akhir menyaksikan Pasukan TUDM telah berjaya menumpaskan Pasukan TLDM dengan kiraan mata 3-1. Pasukan TUDM menurunkan barisan pemain seperti berikut:

1. Perseorangan Wanita
FSjn Norlia binti Rasali

2. Perseorangan Lelaki
LU II Mohd Ikmal Syafiq bin Roslan

3. Beregu Veteran
Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM/Lt Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM

4. Beregu Wanita
Mej Kamisah binti Salimin TUDM/PW U I Juliyanti binti Abu Bakar

5. Beregu Lelaki
Kpl U Remy Izuwan bin Yaakob/Kpl U Mohd Nor Maliki bin Ab Ghani

Kejayaan tersebut adalah hasil usaha latihan yang gigih dan berterusan disamping tahap disiplin yang tinggi dan komitmen yang diberikan dikalangan pemain. Penghargaan kepada Pengurus Pasukan iaitu PW U II Wan Nor Rosman bin Wan Isahak dan Ketua Jurulatih iaitu PW U II Norazahan bin Hj. Mohd Ghani yang telah diberi kepercayaan oleh pengurusan Persatuan Ping Pong TUDM bagi mengurus dan melatih semua pemain sehingga mencapai kejayaan yang diidamkan ini.

Penyampaian hadiah & piala pusingan telah disampaikan oleh YBhg Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara sekaligus merasmikan Majlis Penutup Karnival Sukan Antara Perkhidmatan 2018 yang juga diadakan di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang.

Syabas dan tahniah kepada Pasukan Ping Pong TUDM..!