Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

37161269 1809817162439255 2489005755022180352 n37106278 1809817235772581 6183426663288668160 n37189659 1809818255772479 9040885306013777920 n37085210 1809818932439078 8969083430033686528 n

KOPERASI TENTERA UMUM DIVIDEN 10 PERATUS

KT Mengutamakan Kepentingan Anggota

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2018 - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) telah mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 11.9 % pada tahun 2017 menjadi RM342.8 juta berbanding RM306.3 juta yang direkodkan tahun 2016. Selepas ditolak kos operasi dan peruntukan rosot nilai pembiayaan, KT telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM204.7 juta berbanding RM171.8 juta dicatatkan pada 2016, peningkatan sebanyak 19.1 % .

37091436 1809818602439111 4354638243010969600 n37127928 1809818099105828 7045743731391070208 n37115759 1809821045772200 5218711360031948800 n37192283 1809817575772547 8683746268406611968 n

Berikutan pencapaian tersebut, KT telah mengumumkan pulangan dividen sebanyak 10 peratus bersamaan RM144 juta kepada 154,933 anggotanya. Pada tahun ini KT sekal lagi telah mengekalkan purata nisbah pembayaran dividen sekitar 65 % dari keuntungan bersih sebelum cukai. Untuk tahun kewangan 2017, secara keseluruhannya aset KT sedikit menguncup menjadi RM2.97 bilion berbanding tahun sebelumnya hasil pematuhan di bawah Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS).

Pada masa yang sama, modal yuran & syer terkumpul KT telah meningkat kepada RM1.422 bilion, peningkatan sebanyak RM73 juta berbanding tahun 2016. Ini membuktikan bahawa koperasi yang telah beroperasi selama 58 tahun ini terus diyakini oleh anggotanya. Pengerusi Koperasi Tentera, YBhg Mej Jen Dato' Zukiflee Bin Mazlan (Bersara) berkata “KT telah menghadapi peibagai cabaran dalam tahun 2017, walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi, KT berjaya mengakhiri 2017 dengan keuntungan yang masih boleh dibanggakan. Ini merupakan bukti kukuh KT komited memberi perkhidmatan dan pulangan yang terbaik buat anggota KT.”

37223538 1809817992439172 6951249584681123840 n37113060 1809822259105412 5494041823384961024 n37119478 1809822155772089 5314910290930827264 n

Beliau menambah, "Seperti tahun-tahun sebelum ini KT memperuntukkan sebanyak RM2 juta setiap tahun untuk aktiviti sosial & kebajkan anggota. Pada tahun 2017, KT telah membayar lebih RM1.6 juta sumbangan kepada anggota yang memerlukan yang terbahagi kepada Tabung Pendidikan, Tabung Derma Am dan Tabung Khairat Kematian dan KT mengharapkan melalui bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan anggota dan keluarga."

Koperasi Tentera telah mengumumkan prestasi tahunannya pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-53 bertempat di Dewan Besar PERHEBAT, Kem Sg. Buloh, Selangor. Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia.

37113462 1809818855772419 1327849333525053440 n37129419 1809817692439202 2053966391601528832 n37152858 1809818475772457 5089304429195165696 n

Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-53 ini, KT turut menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada Anggota Terlama, sumbangan Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) kepada anak-anak anggota KT yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PT3 serta Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan berupa sebuah kerusi roda. Majis diteruskan dengan penyampaian zakat pemiagaan berjumlah RM450,000.00 kepada Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM.

37124644 1809822092438762 7108418385255333888 n37240373 1809821889105449 4562417447847591936 n

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin; Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tuan Haji Mat Deris bin Jusoh; Pengerusi Koperasi Tentera, YBhg Mej Jen (B) Dato' Zulkiflee bin Mazlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, YBhg Brig Jen (B) Dato' Ahmad Zahudi bin Hj. Salleh.