SUBANG, 14 Jul 18 - Eksesais Cope Taufan 2018 (CT18) telah membuka tirai bermula 14 hingga 20 Julai 2018. Majlis perasmian CT18 telah disempurnakan bersama oleh Pengarah Eksesais Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan United State Air Force (USAF) iaitu Lt Kol Syed Faisal bin Syed Abdul Kadir TUDM dan Lt Kol King Berry.
Majlis ini telah diadakan di Bilik Nuri, Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang yang turut melibatkan kehadiran peserta CTI8 dari kedua-dua buah Negara. CTI8 adalah latihan udara gabungan dua hala diantara RMAF dan USAF yang diadakan setiap 2 tahun sekali.
Lokasi eksesais akan melibatkan beberapa buah pangkalan udara TUDM serta kawasan zon penerjunan bagi aktiviti para jump dan mass drop. Tujuan pelaksanaan eksesais ini adalah untuk meningkatkan tahap saling kendali (interoperability), perkongsian maklumat dan kerjasama serta hubungan dua hala di antara kedua-dua angkatan udara.