Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

51234678

KOTA KINABALU - Mesyuarat/Rapat Tim Perancang Operasi Udara Malaysia-Indonesia (TPOU MALINDO) telah dilaksanakan pada 3 hingga 6 Jul 18 di Kota Kinabalu. TUDM merupakan tuan rumah mesyuarat pada tahun ini dan telah memilih Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu sebagai lokasi mesyuarat.

Secara amnya TPOU bertanggungjawab merumus dan menyusun rancangan-rancangan Pertahanan Udara Terkoordinasi di antara Malaysia dan Indonesia. Pelaksanaan Pertahanan Udara Terkoordinasi tersebut adalah berasaskan kepada keupayaan dan kekuatan serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada pada kedua-dua angkatan udara (TUDM dan TNI-AU).

Ini bagi membolehkan pengawasan serta menstabilkan keadaan dan kedaulatan ruang udara di sempadan Malaysia dan Indonesia terpelihara disamping memantapkan persefahaman di antara kedua-dua angkatan udara.

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Mej Jen Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM dan Marsekal Pertama TNI Anang Nurhadi Susila SE.