Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

af1f1ea0 5e81 4ac6 b955 c036752eed588b8113bf bb84 43ae ad48 bd56742042d0b2b03ee7 4c01 44b9 9923 503c35d8c1af

MELAKA, 20 Jul 18 - Seminar Kawal dan Lapor (K&L) 2018 yang dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Operasi Udara (A5 – Rancang Operasi) telah diadakan mulai 18 hingga 20 Jul 18 di Hotel Mahkota. Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah hadir merasmikan Majlis Penutup Seminar K&L 2018 hari ini.

Seminar ini adalah acara tahunan bagi Cawang K&L yang bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu kerja melalui perbincangan, persembahan, perkongsian maklumat, idea serta percambahan pemikiran di kalangan Pegawai K&L.

d12999c6 f3e5 487f 91fa 1caab36c1820de71777c de13 476d 806f 70dfc6631e10e7999a31 f003 443b 85a6 c241569acb2b

Seminar ini juga merupakan satu platform bagi meningkatkan tahap profesionalisma semua peserta yang boleh dimanfaatkan kepada TUDM khususnya Cawang K&L.

Sebanyak enam (6) kertas kerja dan tiga (3) taklimat informatif telah dipersembahkan bagi memenuhi keperluan perbincangan dan seterusnya mendapatkan kesepakatan semua untuk cadangan resolusi bagi dimajukan ke pucuk tertinggi TUDM.

25a69581 d3b5 4119 b98a d794985b875f