Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

bb1d3592 043d 49d0 8d8b 599a09f3af23f3817f81 74d3 4112 8f60 8377435d02a8f0a7f58c e318 4cb1 afea df317c3b388e68214f01 7c85 40e8 bd0a 437e9376e60541db3b32 6ee0 4f1f bc78 2f79a5befccc59cef20b 1c4b 4d81 bf7d 84de79e198eb97d51b8b 04f5 4211 9706 9fbc2b4b7f8fa5a16fc3 64a7 4e67 8bc8 375a139b34cd4a7295fe 4143 4454 a4fb f22037da20e7ec5b89d3 66e0 430a b8b3 a3b471e550235b6b2f42 ea26 46df 90a8 1064866015ce58c8394f 905f 48a9 a75b a7a92b52557f

BUTTERWORTH, 24 Julai 2018 – Eksesais Pitch Black 2018 yang akan diadakan pada 27 Julai sehingga 17 Ogos 2018 di Darwin, Australia merupakan salah satu latihan tempur udara yang utama dan terbesar di dunia.

TUDM mengambil bahagian dalam Eksesais Pitch Black buat pertama kalinya pada tahun 2008. 6 x F / A-18D Hornet dari Skuadron No 18 dan 1 x kapal tangki mengisi minyak KC-130H dari Skuadron No 20 Skn bersama dengan lebih 100 Pegawai dan anggota yang terlibat pada eksesais tersebut.

Pada tahun ini merupakan penyertaan TUDM buat kali kedua bagi membawa nama Malaysia menyertai eksesais terbesar ini. Penglibatan TUDM adalah seramai 40 Pegawai dan 78 Lain-lain Pangkat . Pesawat terlibat adalah 5 x pesawat F/A-18D (No 18 Skn) dan 1 x pesawat A400M (No 22 Skn). Kol Koey Tan Chai TUDM, Pegawai Memerintan No 18 Skn akan menjadi Komander Detasmen untuk eksesais disana nanti.

Eksesais dwitahunan ini yang dilaksanakan selama 3 minggu merupakan eksesais gabungan yang membabitkan penglibatan dari pelbagai negara (Multi-National) yang dikendalikan secara berpusat di Pangkalan Udara Royal Australia Air Force Darwin dan Tindal.

Eksesais ini meliputi skala latihan berspektrum penuh yang menampilkan pelbagai ancaman realistik dan simulasi yang boleh ditemui dalam persekitaran ruang pertempuran moden dan merupakan peluang untuk menguji dan meningkatkan daya intergrasi serta mempertingkatkan persepaduaan diantara angkatan menggunakan salah satu kawasan ruang latihan udara terbesar di dunia iaitu Kawasan Latihan Bradshaw dan Lapangan Senjata Udara Delamere.

Latihan ini biasanya disertai seramai 2500 peserta dan 138 pesawat dari seluruh pelusuk dunia termasuk peserta dari Australia, Kanada, Perancis (New Caledonia, Jerman, Indonesia, Malaysia, Belanda, New Zealand, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Penglibatan TUDM dalam eksesais berskala besar ini secara tidak langsung dapat memberikan pengetahuan baru dari segi perancangan dan pelaksanaan eksesais yang penuh mencabar ini. Pelbagai pengalaman dan pengajaran yang mampu dicapai melalui penglibatan di dalam pelbagai situasi pesawat pejuang yang melaksanakan peranan ”air to air and air to ground roles” seperti Fighter Sweep, Screen, Escort, Strike, Close Air Support dan lain-lain peranan.

Pelaksanaan Eksesais Pitch Black ini mengiktiraf hubungan baik Negara Australia dengan negara-negara lain yang menyertainya serta menempatkan nilai yang sangat tinggi terhadap keselamatan serantau dan memupuk hubungan yang lebih dekat di seluruh negara rantau Asia Pasifik.

Majlis send off pada hari ini telah disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara, Ybhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Abdul Mutalib bin Datuk Haji Ab Wahab TUDM. Turut hadir pada majlis ini adalah Komander Pangkalan Udara Butterworth, Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta Pegawai-pegawai TUDM.