KUALA LUMPUR, 27 Julai 2018 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan warga TUDM di sekitar Lembah Klang telah hadir di Masjid Khalid Al Walid, Kementah hari ini bagi mendengar Khutbah Khas dan menunaikan Solat Jumaat sempena Hari Pahlawan 2018. Khutbah Khas telah disampaikan oleh Mej Jen Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Mamat.
Hadir sama Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.