Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

94ddbf03 7435 4ee3 a55f a24cd285c31a179a7ad0 fc87 4b9b 9f23 308f2645e5b80570d570 ccb1 48dc b788 4159014f839f794161f2 d270 40d8 8a56 92e3033d057d2512315c a346 48ad b277 79f2f85e17de24650945 90c5 42aa a4cf 88397bfa613da2688e2f 0a10 4099 bdaa 235d9c409459baf27785 fea8 4c75 aff9 e98a0a35a184cbe4893a 8137 4717 98c2 02179f2e82e4d4f17448 c467 45ac 9027 88a976db09a7da155dcf 40b9 40aa bd81 86894b88ea38ea173e1d 9b23 4846 8bd5 5be6cfb1f049

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 18 – Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara diketuai Datin Sri Normah bt Md Sap mewakili Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah mengadakan lawatan kebajikan ke Wad Geriatrik, HKL hari ini. Lawatan ini diuruskan oleh AJK Biro Kebajikan Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Datin Umi Khalsom binti Mansor.

Wad Geriatrik telah ditubuhkan pada tahun 2004 merupakan wad yang menempatkan warga emas yang memerlukan rawatan. Lawatan ini bertujuan melawat para pesakit disamping memberi sedikit sumbangan kepada mereka di dalam bentuk set kelengkapan diri dan makanan serta buah-buahan secara individu.

Di dalam lawatan tersebut, para Jemaah Tertinggi Bakat telah diberikan taklimat berkenaan tugas serta peranan tenaga kerja hospital di wad tersebut. Turut diadakan demonstrasi fisioterapi yang ditunjukkan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi HKL. Para pesakit juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Kombo Seni Udara.

Sejurus selesai sesi taklimat, Datin Sri Normah bt Md Sap serta para Jemaah Tertinggi BAKAT Udara melawat para pesakit di wad tersebut . Di akhir lawatan ini pihak Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah berbesar hati menyampaikan sumbangan berbentuk 5 buah kerusi tolak (Push Chair), 3 buah kerusi roda (Wheelchair), 5 buah Walking Frame, 10 batang tongkat berkaki empat (Quadruped Walking Aid), 4 karton lampin pakai buang bersaiz dewasa dan 1 dozen cecair sabun mandi.

Dr Rizah Mazzuin Razali yang merupakan Pakar Perubatan Geriatrik, HKL berkata ini merupakan satu program yang paling meriah setakat beliau bertugas di HKL. Kelihatan para pesakit amat gembira sehingga menitiskan air mata dengan sumbangan yang diberikan serta hiburan yang disajikan oleh BAKAT Udara dan Kombo Seni Udara. Semoga dengan sumbangan dan sokongan moral yang diberikan ini sedikit sebanyak menceriakan para pesakit di samping dapat membantu pihak hospital untuk melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan inayahNya kepada semua warga HKL khasnya warga kerja Wad Geriatrik untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.