Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

39521773 1872175402870097 3203004696016977920 n39543632 1872172066203764 7676885460391559168 n39568586 1872172739537030 299447761282007040 n39569945 1872175322870105 9155705759114199040 n39575587 1872175549536749 8579476664461819904 n39583902 1872172392870398 8961001182050910208 n39589351 1872172129537091 3909030202025443328 n39594204 1872172332870404 223212620058984448 n39616910 1872172779537026 9089975931803533312 n39623887 1872172982870339 7604705790498177024 n39638324 1872172442870393 4953002924797067264 n39726256 1872175469536757 8750759655283621888 n39748397 1872175606203410 979370092447924224 n39760464 1872172619537042 5845912452243390464 n39786375 1872175746203396 2492607720755036160 n

 

SEPANG, 20 Ogos 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir di upacara penghormatan terakhir sempena Upacara Rasmi Penyerahan 27 Rangka Anggota Tentera dan Warga New Zealand (Op Te Auraki) berjalan dengan lancar di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Rangka-rangka tersebut adalah melibatkan anggota tentera New Zealand yang terkorban semasa penglibatan sebelum Perang Dunia Kedua, era Darurat Pertama dan kebanyakannya tertumpu di negeri Perak dan sempadan Malaysia-Thailand sehingga tahun 1966. Dianggarkan hampir 4000 Tentera New Zealand berkhidmat di Malaya/Malaysia sebelum diaturgerak ke Vietnam pada tahun 1967. Pada tahun 2017, Kerajaan New Zealand telah mengumumkan perubahan polisi repatriationnya dan berhasrat membawa pulang rangka anggota tentera New Zealand yang dikebumikan di luar negara diantara tahun 1955 hingga 1971 dengan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan New Zealand.
Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu menjadi saksi kepada Upacara Penyerahan Dokumen Rasmi 27 rangka tentera/warga New Zealand oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat New Zealand, Mejar General Peter Kelly.
Seramai 400 orang warga Kementerian Pertahanan serta wakil delegasi New Zealand menghadiri upacara penyerahan keranda dan disempurnakan oleh Tim Istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh seorang pegawai dan 180 anggota Lain-lain Pangkat.
Turut hadir dalam upacara ini Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato Halimi bin Abdul Manaf, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, His Excellency Richard Mann dan Panglima Tentera Darat New Zealand, Mejar General Peter Kelly, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.