Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

SUBANG, 22 Ogos 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM berkesempatan menunaikan Solat Sunat Aidiladha hari ini bersama-sama warga Pangkalan Udara Subang yang diadakan di Masjid Pangkalan.

5678

Setelah selesai menunaikan solat, para jemaah bersama-sama menunaikan ibadah korban bergotong-royong melapah, memotong dan mengagihkan daging korban. Sebanyak 11 ekor lembu telah selamat dikorbankan dimana 2 ekor lembu telah disumbangkan oleh Panglima Tentera Udara dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Hj Ahmad Shah.

Hadir sama Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM; Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM.