Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

000 3906000 3934000 3968000 3999000 4011000 4022

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 18 – Kepala Staf Angkatan Udara (KASAU) Indonesia, Marsekal TNI Yuyu Sutisna telah mengadakan lawatan kerja rasmi buat pertama kalinya ke Malaysia sejak dilantik ke jawatan tersebut pada 17 Jan 18. 

Terdahulu, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan menerusi perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dari Rejimen TUDM diiringi oleh Pasukan Pancaragam Pusat TUDM.

Dalam acara yang sama, Marsekal TNI Yuyu Sutisna turut dianugerahkan Sayap Penerbangan Kehormat TUDM yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan disaksikan bersama oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta delegasi dari TNI-AU.

Penganugerahan ini merupakan satu tanda penghormatan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan komitmen yang diberikan oleh Marsekal TNI Yuyu Sutisna sepanjang menjadi KASAU terhadap TUDM. Selain itu, ianya juga secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua angkatan udara khasnya.