Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12 22 22 22

 

SUBANG, 15 Sep 18 – TUDM petang ini telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit yang menghidap penyakit kegagalan hati dan tinggi kandungan gula dalam darah dari Hospital Tawau ke PU Subang bagi mendapatkan rawatan pakar di Hospital Selayang.

Pesakit, Ahmad Asyraf bin Zubir, 28, telah diterbangkan dari Tawau ke PU Subang menggunakan pesawat milik TUDM jenis A400M daripada No 22 Skuadron. Pesawat berlepas pada jam 4.20 petang daripada Lapangan Terbang Tawau telah selamat mendarat pada jam 7.19 malam dengan bantuan juruterbang, Lt Kol Baharin dan Kapt Ikmal selaku pembantu juruterbang serta 4 orang krew No 22 Skuadron. Sejurus tiba di PU Subang, pesakit terus dikejarkan ke Hospital Selayang menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Turut mengiringi pesakit dalam penerbangan ini adalah adik pesakit, Ahmad Qhaliss, Dr Cheah Phee Kheng, Dr Mohd Yaakub Ariffin, Dr Tham Pei Wen dan MA Adizul Lanis yang merupakan petugas perubatan daripada Hospital Kota Kinabalu.

Menjadi tanggungjawab TUDM dalam memberikan komitmen serta kesungguhan yang tinggi dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat. Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar saudara Asyraf diberikan kesembuhan seperti sediakala. Tahniah diucapkan kepada semua juruterbang serta anak kapal pesawat A400M dalam melaksanakan tugasan dengan jayanya.