Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 3973WAN 3975WAN 3982WAN 3987WAN 3988WAN 3993

 

MINDEF, 20 Sep 18 - Satu majlis pemakaian pangkat Pegawai Kanan TUDM telah diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM hari ini.

Di majlis tersebut menyaksikan Kol Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Brig Jen TUDM dan memegang jawatan sebagai Komender Pangkalan Udara Butterworth.

Seterusnya, Lt Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Konolel TUDM dan memegang jawatan sebagai Komandan Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa.

Majlis pemakaian pangkat tersebut turut dihadiri oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.