Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 11 11 1 1 1 1

SUBANG, 21 Sep 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, telah menyempurkan majlis penyampaian sijil kepada peserta sekaligus menutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran Siri 45/2018. Kursus yang mengambil masa selama hampir 2 bulan itu bermula pada 13 Ogos 18. Seramai 55 orang penuntut telah mengikuti kursus ini yang terdiri daripada 51 orang penuntut lelaki dan 4 orang penuntut wanita yang berpangkat Flait Sarjan daripada pelbagai ketukangan di dalam TUDM.

Turut serta pada majlis ini, Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM; Wakil Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Kol Thamilanty a/l Periasamy TUDM; Wakil Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Kol Mohd Sani bin Omar TUDM; Wakil Asisten Ketua Staf Tadbir, Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM; Pegawai Waran TUDM, PW U I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar serta pegawai dan jurulatih INSTAR.