Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

42922245 1929381527149484 8511341329047879680 n42936454 1929381537149483 8217504105019473920 n42985494 1929381547149482 4809265646598619136 n43005109 1929381733816130 8474637754012008448 n43024080 1929381540482816 4927839415784439808 n43099911 1929381740482796 1658834859272962048 n

 

KINRARA, 2 Okt 18 – Menjadi kebanggaan buat warga Cawang Materiel apabila menyaksikan buat julung kalinya dilancarkan Coffee Table Book Materiel (Kuasa Materiel) yang telah diadakan di Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT), TUDM Kinrara.
Penerbitan buku ini bertujuan untuk mengimbau kembali peranan dan tanggungjawab warga materiel dalam melaksanakan tugas untuk memberikan sokongan dan dokongan logistik kepada TUDM khasnya dan ATM amnya sama ada di dalam atau luar negara. Buku ini juga turut akan menjadi inspirasi dan cabaran kepada generasi materiel kini dan akan datang dalam memastikan kejayaan serta percapaian oleh Cawang Materiel terus dikekalkan.
Penghasilan buku ini merupakan cetusan idea Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Haji Mohd Yunus Bin Masjuki TUDM. Hasil bertungkus lumus warga-warga materiel, akhirnya buku ini berjaya dihasilkan.
Majlis yang penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM. Turut hadir pada majlis ini adalah mantan-mantan Aks Materiel, Aks Tadbir, Pegawai-pegawai Kanan TUDM, Pegawai-pegawai dan anggota materiel.