Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

43049738 1931260803628223 6943722972322463744 n43180688 1931260876961549 8744825745647337472 n42989883 1931227776964859 6639600242217975808 n42992851 1931227850298185 4754779420898623488 n43000451 1931227796964857 5910602631180451840 n43193392 1931227816964855 6106630659466330112 n43083209 1931260776961559 3998161347626926080 n43076094 1931227916964845 1523153011281494016 n43003328 1931227856964851 7282097461022162944 n

 

SUBANG, 3 Okt 18 - Gempa bumi disusuli tsunami yang melanda pulau Sulawesi, Indonesia beberapa hari yang lalu telah menyebabkan beberapa kerosakan, kemusnahan serta maut ke atas segelintir penduduk tempatan di sekitarnya yang telah menjadi mangsa korban bencana ini.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut prihatin dengan keadaan yang telah menimpa Negara jiran tersebut dan melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dengan menggunakan sebuah pesawat pengangkut TUDM jenis A400M bagi membawa keperluan peralatan seperti mesin atau jentera untuk kegunaan semasa di lokasi bencana tersebut.
Menurut Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM, Kerajaan Indonesia sememangnya menantikan bantuan dari pihak TUDM yang memiliki pesawat pengangkut A400M yang berkeupayaan untuk membawa muatan bersaiz lebih besar serta lebih berat berbanding kemampuan pesawat C130H.
Di sana nanti, Pesawat A400M akan membawa barang-barang keperluan dari Jakarta ke Palu secara ulang alik sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Lt Kol Baharin bin Mohamad TUDM, Pegawai Memerintah No 22 Skn telah dipertanggungjawabkan sebagai ketua misi. Beliau bersama 22 orang krew yang lain dijadualkan berlepas ke Jakarta pada esok pagi.
TUDM sentiasa dan akan terus komited untuk menghulurkan bantuan serta memberi kerjasama yang padu terutama di kalangan Negara serantau yang mengalami keadaan darurat seumpama ini.