Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

69696b60 dcd5 495c 9b48 80c46a4251d9fd876260 4d22 4520 a261 5396d1248ecdc1465991 88ff 423d 85b7 0bd5060fdfb1cfa0ca2c ac2f 49ce a004 ee10f0db4b74

 

PORT DICKSON, 4 Okt 18 - Majlis Perbarisan Pembubaran dan Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (Pingat PNBB) kepada Malaysian Battalion 850-5 (MALBATT 850-5) telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi mewakili Panglima Angkatan Tentera bertempat di Padang Kawad Pusat Lathan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.
Penganugerahan Pingat PNBB kepada Kontinjen MALBATT 850-5 adalah bagi mengiktiraf kejayaan Pasukan tersebut semasa menjalankan misi United Nations Interim Force In Labanon (UNIFIL) di bawah PBB di Lubnan selama 12 bulan mulai 20 September 2017 hingga 24 September 2018. Perbarisan ini terdiri daripada 72 pegawai dan 724 anggota lain-lain pangkat yang telah terlibat dalam misi tersebut.
Turut hadir pada perbarisan ini Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM mewakili Panglima Tentera Udara, wakil Tentera Darat Břunei, wakil-wakil Panglima Perkhidmatan, pegawal-pegawai kanan serta anggota dari ketiga-tiga perkhidmatan.