Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

43036588 1932085183545785 1495010890909483008 n43040043 1932085366879100 3409592614364643328 n43074501 1932085516879085 2851958022274547712 n43084569 1932085473545756 5894553661245227008 n43180677 1932085176879119 6862192480020856832 n43195400 1932085330212437 5826603069554556928 n43195877 1932085353545768 1401607811921608704 n

 

SUBANG, 4 Okt 18 – Tentera Udara Diraja Malaysia telah melaksanakan penerbangan ihsan bagi membawa Allahyarham PB Yahya Ali yang merupakan salah seorang anggota bomba yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana semalam. Allahyarham merupakan seorang anggota bomba yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat seorang remaja 17 tahun yang telah terjatuh dan dikhuatiri lemas di lombong tersebut. Jenazah Allayarham telah diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Sibu menggunakan pesawat CN 235 daripada Detasmen No 1 Skuadron milik TUDM. Pesawat yang berlepas pada jam 2 petang tadi dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sibu dengan bantuan juruterbang, Mej Nur Husna Bazlin binti Rosli TUDM dan seorang pembantu juruterbang serta bantuan 2 orang krew pesawat. Turut mengiringi jenazah Allahyarham di Pangkalan Udara Subang adalah Ketua Setiausaha KPKT, YBhg Dato' Sri Haji Mohammad Bin Mentek dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YBhg Dato' Sri Hj Wan Mohd Nor Bin Hj Ibrahim bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Sibu. Seluruh warga TUDM merakamkan takziah kepada semua waris di atas pemergian 6 pasukan penyelamat bomba.