Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1a33 333 333333 33

KUALA LUMPUR, 5 Okt 18 – Majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat ATM Tahun 2018M/1440H telah diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) melibatkan 1,200 orang terdiri daripada Pegawai Kanan dan warga ATM, kakitangan awam KEMENTAH serta orang awam. Majlis sambutan ini adalah bertujuan untuk menghayati dan memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622M yang berlaku pada 1 Muharram tahun baru Takwim Hijrah.

Majlis dimulakan dengan sesi syarahan yang bertajuk ‘Kesatuan ATM asas Kesejahteraan Negara’ yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat, Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UITM. Majlis seterusnya adalah penyampaian Anugerah Ma’al Hijrah Peringkat ATM yang telah disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin mengikut kategori seperti berikut:
a. Anugerah Wira Ma’al Hijrah – Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli.
b. Anugerah Bilal bin Robah – PW 1 KOM Mohd Safuan bin Ali Othman.
c. Anugerah Masjid/Surau Jumaat Contoh – Masjid Muhammad Al Fateh, Kem Wardieburn.
Para pemenang menerima wang tunai serta cenderahati dan sijil penghargaan.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.