Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

43145671 1934718413282462 7506290355826851840 n43156470 1934718316615805 6286061082989559808 n43169553 1934718343282469 4320990008925224960 n43182001 1934718323282471 8264248446009999360 n43186998 1934718293282474 2523315615934971904 n43255833 1934718376615799 3362750979479961600 n

 

INDONESIA, 6 Okt 18 - Misi Bantuan Kemanusiaan bagi bencana yang dialami di Sulawesi diteruskan pada hari ke-3 dengan penglibatan sebuah pesawat C130H milik TUDM yang berlepas ke Palu dari BalikPapan. TUDM membawa 100 orang POLRI bagi membantu, mencari dan menyelamat di kawasan bencana.


Dalam masa sama di Jakarta, Panglima Koopsau I, Marsekal Muda TNI Nanang Santoso serta Lt Kol Rosmal bin Abd Malek TUDM, Penolong Penasihat Pertahanan (Udara) Malawakil Jakarta sama-sama menyaksikan pelepasan pesawat A400M yg membawa muatan barangan keperluan sebanyak 15 tan untuk diterbangkan ke Balikpapan. Pesawat angkut A400M yang telah tiba sejak Khamis lepas ke Jakarta masih belum mendapat pelepasan mendarat di Palu disebabkan kerosakan landasan. Sehingga hari ketiga misi HADR yang dilakukan TUDM, empat buah lori tangki minyak Pertamina Lubricants, barangan perubatan, barangan keperluan asas dan pelbagai lagi peralatan telah berjaya diangkut oleh pesawat ini dari Kota Jakarta ke Balikpapan.


Semoga misi yang digalas ini akan berjalan dengan lancar dan selamat.