Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12 2

22

2

 

PUTRAJAYA, 7 Okt 18 - Pasukan TUDM telah dinobatkan Johan bagi Acara Beregu VIP di dalam Kejohanan Ping Pong Sempena Hari Pendaftaran Negara 2018 untuk agensi-agensi kerajaan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara di Dewan Pusat Kejiranan Presint 9, PUTRAJAYA pada 6 dan 7 Okt 18.

 

Pasukan Ping Pong TUDM telah menghantar dan mendaftarkan 3 Regu di kejohanan tersebut iaitu:

1. TUDM A

Lt Jen Dato’ Kamalruzaman TUDM/Kpl U Mohd Nor Maliki

2. TUDM B

Lt Kol Wan Amir Zaki TUDM/LU Ikmal Syafiq

3. TUDM C

Brig Jen Ahmad Afandi TUDM/FSjn Mohd Haikal

 

Perkhabaran gembira telah di bawa oleh Pasukan TUDM dimana regu TUDM A iaitu Lt Jen Dato' Kamalruzaman TUDM/ Kpl U Maliki telah mara ke perlawanan akhir kejohanan seterusnya menjuarai perlawanan tersebut dengan mengalahkan pasangan regu dari UKM iaitu En Basir/En Khairul dengan agregat 3-0.

Lt Jen Dato' Kamarulzaman TUDM yg juga merupakan Penaung Persatuan Ping Pong TUDM berkata kejayaan tersebut adalah hasil usaha latihan berterusan disamping tahap disiplin yang tinggi dari pemain-pemain Ping Pong TUDM.

Penyertaan pemain Ping Pong TUDM di kejohanan ini juga adalah salah satu inisiatif untuk mengekalkan tahap kecemerlangan pemain-pemain Ping Pong TUDM yang sebelum ini telah menjuarai Kejohanan Ping Pong Antara Perkhidmatan 2018 baru-baru ini.

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPN YBhg Dato’ Razin. Syabas dan tahniah kepada pasukan ping pong TUDM.