Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

0a27ad3b cbf8 4cd9 9476 7b7ff83984e603379fc9 2ba1 4dc2 a293 0f4bdf041ba834e52479 2d5c 4be2 9d70 50224bf502b8e66907b7 6461 4790 91d8 588ca4a9a62f73d7a3eb 5b48 4b67 bbb1 1fa00e7879adc452c30c 248e 4a04 8826 f3f05e304f34d9fcba2f 3d17 4ff9 b1fa 5a028a449a97f1812a01 db11 437e a8ed 705aa9d542a1

 KINRARA, 16 Okt 18 - Telah berlangsung perlawanan akhir bagi kejohanan International Air Force Cricket Challenge 18 (IAFCC’ 18) di Stadium Kriket Kinrara, Puchong hari ini. Perlawanan akhir yang memasuki hari ke enam ini merupakan perlawanan akhir di antara Pasukan Kriket Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menentang Pasukan Kriket Royal Air Force (RAF) dimana sebahagian daripada pemain TUDM merupakan pemain kebangsaan.

Penganjuran kejohanan IAFCC’ 18 ini merupakan inisiatif Persatuan Kriket TUDM sempena ulang tahun ke-60 TUDM dan merupakan kejohanan pertama yang melibatkan pasukan Tentera Udara daripada negara anggota Five Power Defence Arrangement (FPDA) iaitu Royal Air Force (RAF), Royal Australian Air Force (RAAF) dan Royal New Zealand Air Force (RNZAF).

Kejohanan IAFCC’ 18 ini telah dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Oktober (diadakan 10 hingga 17 Okt 18) seiring dengan latihan FPDA BERSAMA LIMA serta dapat menggalakkan penyertaan maksimum daripada negara-negara FDPA.

Penganjuran kejohanan ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat muhibah dan persaingan yang sihat disamping dapat mengukuhkan hubungan baik di kalangan perkhidmatan Tentera Udara seterusnya dapat meningkatkan lagi perhubungan diplomasi pertahanan.

Turut hadir di kejohanan ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM mewakili Panglima Tentera Udara, Pegawai Kedutaan daripada United Kingdoms, New Zealand dan Australia.