Kemaskini Terakhir: Ahad,17 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

838a8439 bd3a 49a1 a117 20de632c9c7b3ade1ca6 1023 42d4 abd9 edf133699f5ef10cd1fb 3a90 4b56 892f b39ec9c5185f484324b3 7fe4 4009 815c 37b3309db9d4

 

MINDEF, 16 Okt 18 - Majlis serah terima tugas YDP Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) di antara Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badarudin dengan Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Dato' Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah berlangsung di Bilik Ruang Angkasa, Kementerian Pertahanan hari ini.

Bagi menentukan kelancaran pengurusan dan perjalanan KSSKA, Panglima Angkatan Tentera selaku Penaung KSSKA telah bersetuju melantik YBhg Jen Dato' Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi sebagai YDP KSSKA yang baru. Majlis serah terima tugas ini dihadiri oleh semua AJK KSSKA, manakala Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato Sri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin hadir sebagai saksi acara serah terima tugas tersebut.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih diatas segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan oleh YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badarudin di dalam memartabatkan aspirasi KSSKA dan warganya. Turut hadir Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan pegawai-pegawai kanan ATM.