Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3d0989c3 6410 473c 816b aac6ab405cd9fccf8bc9 ac50 4b96 a530 cdae3b552c617c7e918b b392 4dea b1a5 ce7cb3c8f2faeb369fcc 5d39 4da6 a38e 2701f7c02ef2

 

MINDEF, 17 Okt 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan majlis Pemakaian Pangkat kepada Pegawai Kadet Mohd Amirul Afiq bin Ameruddin di pejabat PTU hari ini. Beliau telah dipakaikan pangkat Lt Muda TUDM berkuatkuasa mulai 22 Mei 2018.


Terdahulu, berita mengenai kejayaan Lt Muda Mohd Amirul Afiq bin Ameruddin TUDM yang menamatkan pengajian di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) baru-baru ini menjadi tular di media sosial dan turut mendapat liputan daripada media. Selepas ini, beliau akan mengikuti latihan penerbangan di Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1), Kolej Tentera Udara yang dijangka bermula pada April tahun hadapan.


Beliau yang mengambil jurusan ‘General Studies-Engineering’ memulakan pengajiannya di akademi terkemuka dunia itu pada 17 Jun 2014 dan tamat pada 17 Jun 2018. Beliau merupakan graduan Malaysia ketiga yang berjaya menamatkan pengajian di sana. Turut hadir bagi menyaksikan majlis pemakaian pangkat ini adalah Ibubapa Lt Muda Mohd Amirul Afiq TUDM dan pegawai-pegawai kanan TUDM.