Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 1 1 1

Kuala Lumpur, 19 Okt 18 - Kursus Pegawai Keselamatan siri 75/2018 yang telah bermula pada 8 hingga 19 Oktober 2018 telah berjaya dijalani oleh kesemua peserta dengan jayanya. Kursus yang telah dihadiri oleh seramai 31 orang pegawai terdiri daripada pelbagai cawang TUDM , 3 pegawai dari Angkatan Tentera luar negara (Tentera Udara Diraja Brunei, TenteraUdara Filipina dan Tentera Udara Diraja Thailand) dan 5 dari perkhidmatan lain iaitu TLDM dan APMM.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato 'Sri Hj Affendi bin Buang RMAF bertempat di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. Ini merupakan kursus pegawai keselamatan kali kedua yang telah dijalankan bagi tahun ini. Turut hadir pada majlis ini adalah Inspektorat Jeneral TUDM, Mej Jen Dato Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM dan Pengarah Inspektorat, Kol Abdul Halim bin Othman TUDM.