Kemaskini Terakhir: Selasa,13 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12

PORT DICKSON, 31 Okt 18. “Seorang pegawai wanita TUDM yang profesional perlu mempunyai mindset, ilmu pengetahuan serta kemampuan yang boleh bertindak mengikut situasi dan persekitaran”, ucap Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM semasa Majlis Penutup Seminar Pegawai Wanita TUDM 2018 hari ini.

Seminar yang berlangsung selama tiga hari ini merupakan satu platform yang disediakan untuk menimba ilmu, berkongsi permasalahan, bertukar pandangan serta pengalaman demi kesejahteraan organisasi disamping dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan pegawai wanita TUDM.

564

Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman kepada pegawai wanita mengenai konsep-konsep penting berkaitan kepimpinan yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang efektif.

8

Seramai 44 pegawai wanita dari pelbagai unit TUDM telah menyertai seminar yang diadakan selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Okt 18 di Eagle Ranch Resort, Port Dickson.