Kemaskini Terakhir: Selasa,13 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 234568

 

GONG KEDAK, 1 Nov 18 - Majlis Pemakaian Lencana Sayap Hantaran Udara kepada pegawai dan anggota Tim Taktikal Guguran Udara Strategik (TGUS) TUDM telah disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Ab Wahab TUDM bertempat di perkarangan Bangunan Pergerakan Udara Pangkalan Udara Gong Kedak. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah AKS Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Marjuki TUDM, Ketua Staf Operasi Udara, Mej Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai. Seramai 2 pegawai dan 8 anggota lain-lain pangkat telah berjaya menamatkan Kursus Krew Hantaran Udara (Asas) pada 17 Feb hingga 16 Mac 17 di Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) ,Taiping, Perak.
Mereka ini merupakan Tim pertama perintis TGUS TUDM dan merupakan salah satu cabang kepakaran udara yang merangkumi Tim Terminal Pergerakan Udara, MAMs Team dan TGUS. Ketiga-tiga cabang ini dibawah pengurusan dan pentadbiran Departmen Angkut Udara yang dirancang akan diwujudkan di Pangkalan Udara Subang.
Antara peranan tim ini adalah penyediaan guguran udara untuk kompitensi juruterbang angkut dan helikopter, tim penyediaan kesiagaan guguran udara ADRHIB TUDM dan tim penilaian dan kepakaran peralatan guguran udara. Majlis ini lebih bermakna apabila mereka ini dipakaikan lencana tersebut bersempena Eksersais PARADISE 5/18