Kemaskini Terakhir: Selasa,13 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2683DSC 2720DSC 2761DSC 2795DSC 6175DSC 6186DSC 6282DSC 6382DSC 6983DSC 7025DSC 7058DSC 7101

 

GONG KEDAK, 1 Nov 18 – Seramai 150 peserta Eksersais Para Drop Air Defence, Insertion, Strike, Search & Rescue and Extraction (Eks PARADISE) Siri 5/2018 dan Warga Pangkalan Udara Gong Kedak terlibat dalam program COMREL (Community Relation). Program tersebut dilaksanakan dengan tujuan untuk berkongsi faedah dan kebaikkan dengan memberi sumbangan bakti kepada orang awam menerusi aktiviti-aktiviti dengan penduduk setempat. Ia juga sebagai inisiatif TUDM untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat menerusi program jiwa murni. Selain daripada itu program COMREL juga adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang dan perlu dilaksanakan dalam setiap eksesais TUDM. Program tersebut telah berlangsung pada1 November 2018 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu dengan turut melibatkan penduduk-penduduk di lima buah kampung berhampiran menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Dalam program sehari berkenaan pihak TUDM telah menjalankan aktiviti mengecat dewan sekolah serta membuat kerja-kerja pembersihan di sekitarnya. Selain daripada itu peserta eksesais turut terlibat dalam aktiviti memasak secara bergotong royong atau lebih senonim dikenali sebagai ‘bekwah’ dikalangan penduduk setempat khususnya di Pnatai Timur.


Turut serta dalam program pada kali ini adalah Panglima Operasi Udara, YBhg Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM. Beliau juga turut meluangkan masa dalam setiap aktiviti bersama-sama dengan peserta eksesais dan masyarakat awam setempat. Dalam satu acara berasingan, Panglima Operasi Udara telah menyampaikan sumbangan berupa barang-barang keperluan harian kepada 10 buah keluarga asnaf dalam usaha TUDM menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. YBhg Dato’ Sri juga telah meletakkan Plat COMREL Eksesais PARADISE siri 5/2018 di dewan sekolah tersebut sebagai simbolik kepada kemuncak program TUDM Bersama Masyarakat sempena eksesais pada kali ini.