Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1

SUBANG, 11 Nov 18 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini membuat penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 28 hari yang menghidap penyakit Severe Combined Immunodeficiency (SCID) dari Hospital Sibu ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan rawatan pakar di Hospital Serdang.

Pesakit, Calvin Shayne Anak Stallone telah diterbangkan dari Sibu ke Pangkalan Udara Subang menggunakan pesawat milik TUDM jenis CN235 daripada No 1 Skuadron.

Pesawat yang dikendalikan oleh Juruterbang Kapt Mohd Nurul Azmie bin Rofdi TUDM dan Kapt Muhammad Azizi bin Ayob TUDM selaku pembantu juruterbang serta dibantu oleh lima (5) krew telah berlepas pada jam 9.11 pagi dari Lapangan Terbang Sibu dan selamat mendarat pada jam 12.30 tengah hari.

Sejurus tiba di Pangkalan Udara Subang pesakit terus dikejarkan ke Hospital Serdang menggunakan kenderaan ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Turut mengiringi pesakit dalam penerbangan ini adalah ibubapanya iaitu Catherine Anak John (Ibu), Stallone Anak Anthony (Bapa) serta petugas perubatan dari Hospital Sibu iaitu Dr.Ha Saw Jing (Doktor Perubatan) serta SN Marilyn Austin (Jururawat).

Adalah menjadi tanggungjawab TUDM di dalam memberikan komitmen serta kesungguhan yang tinggi untuk memenuhi keperluan kebajikan masyarakat seumpama ini. Seluruh warga TUDM mendoakan agar pesakit ini diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Tahniah juga diucapkan kepada semua juruterbang dan anak kapal pesawat CN235 dalam melaksanakan tugas dengan jayanya.