Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

717d3ae8 acd1 42dc b573 2093dfe9c1c1efd994e2 39a9 426e a337 7a0a944cc5f45ab85153 84c9 45a9 8e77 43804f002102

SENDAYAN, 13 Nov 18 – Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM secara rasminya dilantik sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara baharu setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM yang kini memegang jawatan Ketua Staf Markas ATM.

Perbarisan serah terima tugas yang diadakan di Padang Kawad, Pangkalan Udara Sendayan pada pagi ini terdiri daripada 11 pegawai dan 145 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Mej Mohd Zuhairul Haswazie bin Habil TUDM serta diiringi oleh Pancaragam Pusat TUDM di bawah pimpinan Mej Mohd Salleh bin Wahab TUDM.

7b492669 c2e1 4020 bc9c 08982b4fa676d6a53d81 4f13 4ee5 b496 5d069633ce7b

Upacara serah terima tugas yang penuh bersejarah ini telah disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM turut dihadiri seluruh warga TUDM di bawah naungan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara.