Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

e56b76f6 3e3f 433a 9539 530bbd814a6c

KUALA LUMPUR, 13 Nov 18 – TUDM berjaya mendapat tempat pertama dalam tiga kategori dari enam kategori yang dipertandingkan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) – Horizon Baharu 2018 bertempat di Auditorium, Wisma Pertahanan hari ini.

70152cb5 f067 4a9e 84b3 33f782ab640900f7a775 766a 45cb 9a5b c55d4348ccbc0833014c ab54 4b44 94ae 5e1377340710

Kumpulan Innovative Centred Engineering 2 (PUSPEKA TUDM) melalui projek ‘Reconfigurable Adapter for Weapon Separation Test Rig (RAW)’ telah berjaya mendapat tempat pertama Kategori Penambahbaikan KIK Primer – Inovasi Penyampaian Perkhidmatan.

Manakala bagi KIK Primer – Inovasi Sosial Kategori Penciptaan, Kumpulan Pegasus (14 Skn, PU Labuan) juga mendapat tempat pertama dengan projek mereka ‘Equipment Smart Patient in Flight Management (E-SPIM).

Projek Zenith Energy Current (ZEC) dari Kumpulan Eagle Shadow yang juga merupakan projek kerjasama dari Pusat Simulator Pejuang dan Kolej Vokasional Butterworth menjadi johan bagi KIK Hibrid – Inovasi Sosial bagi Kategori Penciptaan dan Penambahbaikan.

7d3b322d 824a 49a8 be2e 7dc6141d433ddc062158 6f96 489f b72a 2da938fbde39

Sambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2018 merupakan program tahunan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada warga kerja yang memperkasakan budaya inovasi dan kreatif. Ini sekaligus dapat menjana idea dari penciptaan produk yang boleh menyumbang dalam perkhidmatan serta pembangunan ekonomi negara melalui Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) – Horizon Baharu.

Majis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong dan turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-panglima Perkhidmatan serta warga Kementerian Pertahanan.