Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 ffcb18ca ce6f 49f9 963f d98b5a0e9cb1f81c474a eb65 4c93 89e9 6892fa36e1ec82336d4e 8309 4586 be5c 3ebb126d72d0d1be4e9c 3320 4dc4 bc18 0226917504f29aede8ff fce1 459b 928a 145eb30c67d8005e1803 8a25 4896 92a3 df967ec562b8f4900fcc 5bda 40f9 b6b0 8b1f5d43a561ac42a329 3d1a 4e71 b90c d388c8fd3f1d5fe843ed 574d 4bf2 8682 a450337bad9f3b5af26d 469c 4890 a096 eb3e10447a20f8a9cff0 d835 4e08 a339 beb300b20e42f0b271e9 7251 4f72 90a2 d02643c972df

SUBANG, 16 Nov 18 – Pangkalan Udara Subang telah menerima kunjungan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brig Jen (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat sebentar tadi. Dalam rangka lawatan di Pangkalan Udara Subang, beliau telah dibawa melawat ke No 22 Skuadron dan Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator G (PULLS-G) serta Jamuan Tengah Hari di Wisma Perwira PU Subang.

Disepanjang lawatan ini, beliau telah disambut dan diiringi oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM sebagai wakil Komander Pangkalan serta Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Subang yang lain.

Lawatan yang dijalankan pada hari ini bersempena lawatan sulung beliau ke Malaysia semenjak dilantik sebagai Pemerintah TUDB pada 17 Ogos 18 yang lalu.

Terdahulu, ketibaan beliau di PU Subang telah disambut dengan Kawalan Kehormatan Suku oleh Tim Kawalan Kehormatan PU Subang di Balai Pengawal Hadapan, Skn 208 Provos PU Subang.