Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

efad4d09 b95c 4411 b5c3 48c68a61372cb74eb7f1 6c76 4d5b 840a 2ca3c7f42c3bae463ac4 ea99 44d7 9e06 a108dc9fcc0ea1ee5be4 f6e0 4f80 84d4 2473a596b0dfa2b0f499 da85 4329 9cf7 b5da57c0fe20779c0c78 9c2e 4ccd 9d12 1c933ccd2970

SUBANG, 21 Nov 18 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah melaksanakan satu penerbangan ihsan yang membawa seorang bayi berusia 31 hari dari Kuala Terengganu ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan ventilator serta rujukan pakar di Institut Jantung Negara (IJN).

Bayi kepada Puan Zulaiha binti Mohd Ghani ini telah diterbangkan dengan menggunakan pesawat CN 235 daripada Detasmen No 1 Skuadron yang beroperasi di Pangkalan Udara Subang. Pesawat yang dikendalikan oleh Juruterbang Kapt Emy Hazrie bin Nor Azmi TUDM dan Kapt Mohamed Hafizan bin Mos TUDM selaku pembantu juruterbang bersama 5 orang anak kapal ini telah berlepas daripada Kuala Terengganu pada jam 8.00 pagi dan selamat mendarat pada jam 9.10 pagi di Pangkalan Udara Subang.

Turut mengiringi pesakit adalah ibu kepada bayi tersebut Puan Zulaiha binti Mohd Ghani dan dua orang doktor iaitu Dr Muhammad Hafiz Lutfi bin Yahya serta Dr Teng Cheah Herng.

Telah menjadi tanggungjawab TUDM di dalam memberikan komitmen serta kesungguhan yang tinggi bagi memenuhi keperluan kebajikan masyarakat seumpama ini. Seluruh warga TUDM mendoakan agar pesakit ini diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Tahniah buat juruterbang dan anak kapal pesawat CN 235 dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan jayanya.