Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 1821WAN 1831

3701f04a ee01 4a16 92ff 7147c586634f662a143a 52a3 42e2 b087 98098bf7e079

KUALA LUMPUR, 23 Nov 18 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong hari ini telah mengadakan lawatan ke Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan. Dalam rangka lawatan di sini, beliau telah melakukan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Hadir sama semasa kunjungan berlangsung, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.

YB Timbalan Menteri Pertahanan turut diberi taklimat oleh Panglima Tentera Udara berkenaan fungsi dan peranan Markas Tentera Udara khasnya yang diadakan di Bilik Mesyuarat Rajawali.