Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

081772a1 d5ae 4371 999c 1d147526da77

SENDAYAN, 27 Oktober 18 - Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang diketuai oleh Tan Sri Ambrin bin Buang selaku Pengerusi JKSTUPKK telah melaksanakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Sendayan bagi melihat secara lebih dekat pembangunan di sini.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh Pemangku Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.

3ba3fba5 ee2d 4e04 8bb6 6f986f3a22bab5ada0fa a938 4a64 9374 1ed2eb0a8e4e

Dalam rangka lawatan, Tan Sri Ambrin bin Buang dan JKSTUPKK telah diberikan taklimat ringkas berkenaan Pangkalan Udara Sendayan oleh AKS Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM dan seterusnya kesemua rombongan dibawa melawat sekitar kawasan pangkalan bagi melihat bangunan pejabat dan kediaman.

8546429d dbfe 45bc adb1 d69994708c22

Turut serta dalam lawatan kerja ini adalah TKSU Pembangunan, Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Pegawai Kanan TUDM dan Kementerian Pertahanan serta kontraktor-kontraktor yang terlibat.