Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

D7K 7688D7K 7700D7K 7715D7K 7745D7K 7780DSC 6148

 

BUTTERWORTH, 30 Nov 18 – ‘Electronic Warfare Support Centre’ (EWSC) TUDM selaku sekratariat, telah menganjurkan Mesyuarat JKPE TUDM Siri 3/18 bertempat di Pangkalan Udara Butterworth. Ketibaan Panglima Operasi Udara (PANGOP), Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM telah disambut oleh Brig Jen Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM, Komander Pangkalan Udara Butterworth serta pegawai-pegawai kanan Pangkalan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh PANGOP di Bilik Mesyuarat Pangkalan dan disertai seramai 25 orang peserta yang melibatkan pegawai-pegawai kanan TUDM. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan perihal berkaitan peningkatan keupayaan Peperangan Elektronik (PE) bagi TUDM sejajar dengan pembangunan pesat teknologi masa kini.

Seterusnya, PANGOP dan peserta telah dibawa melihat Demonstrasi Ujian 'Radar Warning Receiver' (RWR) pada pesawat HAWK Mk 208, No 15 Skuadron di perkarangan Hangar ASF, Cawang Kejuruteraan PU Butterworth.