Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

faa083b1 8888 4321 b6ff 4263b85a403309db8d98 5402 4cdc a11f 40a1050535d102e12f8e 15ff 4c1e 924c bd624307447bcfc5d2ee a735 4348 be05 aa4b185db3c70929ff1e 1779 44da 94d3 ea30294262c6cb99ae87 eed1 41ca bdcc be16d57fc42b

KUALA LUMPUR, 5 Dis 18 – Seramai 180 anak-anak warga Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) telah diraikan di Program Khatan Perdana Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas ATM, Lt Jeneral Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM di Masjid Khalid Ibnu Al-Walid.

Acara dimulakan dengan kanan-kanak yang menyertai program ini diarak dari perkarangan KD Sri Gombak ke Masjid Khalid Ibnu Al-Walid sambil diiringi oleh paluan kompang dan selawat. Kanak-kanak seterusnya disiram beramai-ramai oleh Pasukan Bomba daripada Stesen Bomba Kem Batu Kentomen.

Majlis yang dianjurkan Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan bertujuan untuk menghidupkan dan mempertingkatkan Syiar Islam dikalangan warga KEMENTAH.

Selain itu juga, tujuan program ini diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang berkhatan agar mereka merasai suasana meriah dan keterujaan sebelum dikhatankan disamping menyediakan khidmat berkhatan untuk anak-anak warga KEMENTAH.

Seramai 10 orang kanak-kanak yang telah dipilih untuk dikhatankan pada hari ini di HAT Tuanku Mizan manakala yang selebihnya akan dikhatankan pada keesokan hari di hospital yang sama mengikut giliran dan masa yang telah ditetapkan.

Pada majlis yang sama, turut diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Sekolah kepada Asnaf Zakat ATM iaitu seramai 500 orang penerima terdiri daripada kalangan anak-anak anggota ATM. Penyampaian hari ini disampaikan kepada 30 orang penerima manakala selebihnya akan diagihkan kepada pasukan masing-masing.