Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 6518

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2018 – 19 pegawai TUDM antara 164 penerima Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 47/2018 yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM hari ini. Kesemua mereka berjaya menamatkan pengajian selama 49 minggu bermula dari 9 Januari hingga 12 Disember 2018.

Kursus anjuran Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) ini adalah untuk melatih peserta menjawat jawatan sebagai Pemerintah dan Staf di dalam perkhidmatan bersama. Peserta didedahkan dengan strategi dan pertahanan untuk menganalisa, mentafsir, melaksanakan tugas sebagai Pegawai Memerintah serta berkemahiran menyelesaikan pelbagai masalah secara kritis dan kreatif.

Melalui kursus ini, para penuntut diiktiraf dengan Sijil ‘psc’ (Passed Staff College) dan Diploma Pascasiswazah Kajian Strategik dan Pertahanan yang dibangunkan dengan kerjasama MTAT – UPNM.

WAN 6382WAN 6404

Kursus ini juga turut disertai oleh pegawai-pegawai dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM, pegawai-pegawai tentera dari negara sahabat yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia serta pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Majlis Penyampaian Diploma KPSM 47/2018 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong dan turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain, kedutaan luar negara dan Penasihat Pertahanan negara sahabat serta ahli keluarga peserta kursus.