Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Photo Group

SUBANG, 14 Dis 18 – Sekalung tahniah buat semua penerima anugerah yang diraikan dalam Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM tahun 2018 di Padang Kawad, Pangkalan Udara Subang hari ini.

Penganugerahan ini merupakan inisiatif Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di dalam mengiktiraf pencapaian dan juga kejayaan anggota, skuadron penerbangan serta pangkalan TUDM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2018.

Majlis yang penuh gemilang ini telah dimulakan dengan perbarisan secara statik melibatkan 202 anggota perbarisan terdiri daripada 12 pegawai dan 190 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mejar Naz Wardi bin Birkamsin TUDM.

Panglima Tentera Udara telah menyempurnakan upacara pemakaian sayap penerbangan Kuartermaster Udara (KU) kepada seramai 25 anggota TUDM yang telah berjaya menamatkan kursus masing-masing dengan jayanya mulai Dis 17 hingga Okt 18.

Kuartermaster Udara (KU) merupakan salah satu ketukangan di dalam TUDM yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Kuartermaster Udara dan Pramugari. KU adalah antara anakapal yang bertanggungjawab dalam membantu penerbangan di dalam semua pesawat angkut, maritim dan helikopter serta penerbangan VVIP/VIP mengikut skop tugas yang telah ditetapkan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah yang disampaikan oleh Panglima Tentera Udara. Anugerah-anugerah yang disampaikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM tahun 2018 adalah seperti berikut :

a. AIRMAN OF THE YEAR 2018

Anugerah ”Airman Of The Year” adalah merupakan anugerah yang diberikan kepada anggota-anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam menjalankan tugas harian dan mempamerkan sikap serta tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.

Anugerah ini diperkenalkan untuk menggalakkan budaya cemerlang di kalangan anggota TUDM serta berusaha untuk menjadi yang cemerlang dikalangan warga cemerlang. Seramai 9 orang anggota LLP telah disenaraipendek sebagai penerima anugerah berprestij ini dan menerima sijil penghargaan dari TUDM.

Pemenang Airman Of The Year adalah :

AOTY 1AOTY 2AOTY 3

Kategori PW U I / II : PW U II Muhammad Akashah bin Ahmad - Kuartermaster Udara

Kategori FSjn/Sjn U: FSjn Intan Safina binti Arifin - Materiel

Kategori Kpl U & kebawah: Kpl U Muhammad Rasydan bin Shaharudin - Pembantu Pertahanan

b. SQUADRON OF THE YEAR 2018

Anugerah “Squadron of the Year” merupakan pengiktirafan TUDM kepada skuadron-skuadron penerbangan yang telah berjaya menyerlahkan kecemerlangan yang menyeluruh khususnya di dalam pengurusan skuadron masing-masing serta mampu menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dalam aspek pelaksanaan operasi penerbangan.

Bagi tahun 2018, penilaian anugerah ini telah dilaksanakan terhadap 14 buah skuadron penerbangan. Sebanyak 5 buah Skuadron Penerbangan (Top 5 Squadron) telah dipilih untuk menerima sijil penghargaan di atas usaha mencapai tahap budaya kerja cemerlang, berinovasi dan menghasilkan impak tinggi terhadap pengoperasian TUDM serta pencapaian membanggakan yang dapat mengharumkan nama Negara serta menaikkan imej TUDM di peringkat antarabangsa.

Pemenang Squadron of the Year adalah :

BBOTY JohanSOTY Naib Johan

Johan: No.20 Skuadron

Naib Johan: No.5 Skuadron

Top 5 Squadron :
a. No 5 Skuadron
b. No 7 Skuadron
c. No 14 Skuadron
d. No 16 Skuadron
e. No 20 Skuadron

c. BEST MARRIED QUARTERS OF THE YEAR 2018

Pertandingan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) telah memasuki tahun ke-7 pada tahun ini. Sebanyak 12 buah pangkalan dan unit TUDM telah terlibat di dalam penilaian pertandingan bagi anugerah ini. Anugerah ini bertujuan untuk menggalakkan persaingan khususnya di dalam meningkatkan tahap kecemerlangan di dalam pengurusan Rumah Keluarga agar mampu memberi impak positif terhadap warga TUDM amnya dan TUDM khasnya.

Pada tahun ini, sebanyak 5 buah pangkalan dan unit telah mencapai penilaian markah tertinggi sekaligus melayakkan untuk menerima sijil penghargaan dari Panglima Tentera Udara. Pangkalan dan unit TUDM yang terlibat adalah :

a. Pangkalan Udara Butterworth
b. Pangkalan Udara Subang
c. Pangkalan Udara Kuching
d. Akademi Tentera Udara
e. Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT)

Pemenang bagi anugerah ini adalah :

BMQ JohanBMQ Naib Johan

Johan: PU Subang
Naib Johan: INSMAT
Ketiga : PU Kuching

d. BEST BASE AWARD 2018

Anugerah Pangkalan Terbaik (Best Base Award) merupakan kesinambungan daripada Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (Siaga PAT) peringkat TUDM yang lazimnya disampaikan semasa Hari Ulang Tahun ATM.

Pemilihan penerima anugerah ulung ini adalah berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan pangkalan terbabit dalam aspek kesiagaan serta sebagai pengiktirafan secara formal di peringkat ATM kepada perkhidmatan.

Siaga PAT

Pemenang bagi anugerah ini adalah :
Rejimen TUDM

Panglima Tentera Udara dalam ucapannya telah menyatakan bahawa objektif Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM ini adalah sebagai satu bentuk penghargaan khusus kepada pasukan serta individu yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang, sama ada di peringkat TUDM/ATM/Kebangsaan mahupun di peringkat Antarabangsa.

Beliau turut berharap agar kejayaan yang telah dicapai oleh setiap pegawai dan anggota di Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM ini akan menjadi pemangkin semangat dalam usaha untuk terus mencapai kejayaan yang lebih unggul di masa akan datang.

Dalam majlis yang sama, Panglima Tentera Udara turut menyampaikan insentif khas kepada Persatuan Sukan TUDM yang telah menunjukkan kecemerlangan di dalam Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ATM bagi tahun 2018. Penerima insentif khas tersebut adalah seperti berikut :

Sukan

a. Pasukan Futsal (Lelaki) TUDM-Johan.
b. Persatuan Ping Pong TUDM-Johan.
c. Persatuan Kriket (Lelaki) TUDM-Johan.
d. Persatuan Payung Terjun TUDM-Johan.
e. Persatuan Bola Jaring TUDM-Naib Johan.
f. Persatuan Boling Padang TUDM-Naib Johan.
g. Persatuan Menembak (Lelaki) TUDM-Naib Johan.
h. Persatuan Bola Sepak TUDM-Naib Johan.
i. Persatuan Kriket (Wanita) TUDM-Naib Johan.
j. Persatuan Petanque TUDM-Naib Johan.
k. Persatuan Sepak Takraw TUDM-Naib Johan.
l. Persatuan Memanah TUDM-Naib Johan.
m. Persatuan Ragbi TUDM-Naib Johan.
n. Persatuan Tinju TUDM-Naib Johan.

Sijil PTU

Selain itu, Panglima Tentera Udara turut menyampaikan Sijil Penghargaan PTU kepada Sjn U Helmy bin Abdul Razak dari ketukangan Material yang berkhidmat di Pangkalan Udara Labuan setelah menjadi wira yang berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak berusia 7 tahun daripada lemas di dalam sebuah kolam renang pada 24 Nov 18 yang lalu. Tindakan berani yang ditunjukkan oleh anggota ini sememangnya merupakan sikap terpuji dan wajar dicontohi oleh setiap lapisan masyarakat khasnya warga TUDM. Kelakuan terpuji anggota ini seharusnya menjadi inspirasi kepada semua agar sentiasa menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat umum dalam apa jua bentuk keadaan.

Turut hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Pendidikan & Latihan Udara, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.