Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123467

KUCHING, 14 Nov 18 – Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara siri 2/2018 yang bermula 14 hingga 16 Nov 18 telah dipengerusikan oleh YBhg Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM – Panglima Operasi Udara. Mesyuarat tiga hari yang berlangsung di Damai Beach Resort tersebut menjadi platform Panglima Operasi Udara serta seluruh Panglima Pemerintahan, Komander dan Pegawai Memerintah unit naungan MPOU untuk berbincang dan mengupas tentang dasar, pengarahan semasa serta pembentangan cabaran pangkalan. Ia sekaligus menjana idea baru dan menetapkan halatuju MPOU dalam mendepani cabaran domestik dan globalisasi.

Secara tradisinya, Panglima Operasi Udara akan memanfaatkan interaksi secara langsung di antara semua lapisan pemerintahan secara berkesan bagi menghasilkan keputusan positif seturusnya memastikan segala pelaksanaan tugas dan operasi dilakukan dengan cemerlang. Turut hadir dalam mesyuarat siri kali ini ialah wakil dari Markas Tentera Udara iaitu MTU – P & P, MTU – Material dan MTU – KOMLEK. Untuk rekod, Mesyuarat Pemerintahan Operasi Udara dilaksanakan setiap tahun sebanyak dua kali.