Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3456

KUALA LUMPUR, 14 Dis 18 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almahrum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat bersama-sama warga ATM bertempat di Masjid Khalid Al-Walid, KEMENTAH hari ini.

Kebarangkatan tiba Baginda telah disambut oleh Pimpinan Tertinggi Mindef dan ATM. Turut sama adalah Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Affendi bin Buang TUDM.

Sebaik sahaja selesai menunaikan Solat Jumaat, DYMM Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan berangkat ke Wisma Perwira ATM bagi santapan tengahari bersama Kepimpinan Tertinggi Mindef dan ATM.