Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

134567

KUANTAN, 17 Dis 18 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Liew Chin Tong hari ini telah melakukan lawatan kerja ke Skn 320 bertempat di PU Kuantan. Lawatan ini merupakan lawatan sulung Timb Menhan ke Skn 320 untuk melihat fungsi dan peranan yang dilaksanakan oleh skn tersebut dalam mengawasi kedaulatan ruang udara Malaysia daripada pencerobohan anasir-anasir luar.

Ketibaan beliau ke Skn 320 telah disambut oleh semua pegawai dan anggota yang bertugas di skn tersebut. Sejurus selepas itu, Timb Menhan telah diberikan taklimat ringkas oleh Pengarah Kerjasama Udara & Doktrin serta Pegawai Memerintah Skn 320.

Sebaik sahaja selesai taklimat, Timb Menhan telah dibawa melawat ke bilik pengoperasian yang diiriingi oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Affendi bin Buang TUDM serta Komander Pangkalan, Brig jen Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM. Di situ, beliau telah diberikan penerangan yang lebih lanjut oleh Pegawai Memerintah Skn 320 mengenai SOP yang dilaksanakan oleh pegawai dan anggota skn dalam memantau ruang angkasa Malaysia daripada pencerobohan.

Turut sama dalam delegasi lawatan ini adalah Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM, Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Brig Jen Dato' Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM dan Kementerian.